Cuti Sekolah boleh cantikkan kuku
Cuti sekolah sudah bermula! Jadi, kanak-kanak dan juga pelajar sekolah boleh buat kuku cantik-cantik di kedai spa kuku di Cutiecle. Kalau buat waktu musim sekolah mesti nanti kena marah dengan cikgu kan.. So, inilah masanya untuk buat kuku yang cantik dan warnakan kuku. Alang-alang tengah musim cuti sekolah tu, kami di Cutiecle telah adakan promosi untuk pakej kanak-kanak untuk warnakan kuku dan juga buat servis manicure dan pedicure di sini. Bawa sekali mak ayah dan ajak mereka untuk buat manicure dan pedicure sekali. Barulah keluarga bahagia.
Waktu cuti sekolah ini ramai yang nak buat kuku dan warnakan kuku, lebih-lebih lagi kuku yang mempunyai lukisan (Nail Art) sebagai hobi dan suka-suka sahaja. Jika waktu persekolahan, kuku tidak boleh berwarna dan tidak boleh mempunyai lukisan (Nail Art) kerana salah di sisi undang-undang sekolah. Inilah masanya untuk menghias kuku dan mempercantikkan kuku.
Cuti sekolah akan bermula pada pertengahan bulan Januari dan akan berakhir pada pertengahan bulan Februari. Jangka masa untuk sesi promosi ini hanya sebulan sahaja. Jangan lepaskan peluang ini.
Kadang kala, ramai kanak-kanak yang ingin mewarnakan kuku mereka. Tetapi ada segelintir ibu bapa yang melarang kerana risau akan kesihatan anak-anak mereka. Ada yang berpendapat bahawa pewarna kuku (nail polish) tersebut mempunyai bahan kimia dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Akan tetapi, berbeza dengan kedai spa kuku Cutiecle, kesemua pewarna kuku adalah sangat selamat dan berkualiti. Terdapat juga sijil untuk setiap jenama pewarna kuku.
Hanya dengan Cutiecle, boleh buat kuku kaki dan tangan dengan harga serendah RM35 dan untuk kedua duanya sekali adalah serendah RM50 sahaja. Promosi ini hanya terhad untuk musim cuti persekolahan sahaja okay.
Datanglah ke Cutiecle, yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda.