Cutiecle promosi CNY aktiviti Ang Pao bertuah (Lucky Ang Pao Draw)
Untuk Chinese New Year tahun 2025, kedai salon kuku Cutiecle di semua cawangan ada menjalankan aktiviti yang menarik sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) ini. Aktiviti tersebut merupakan salah satu inisiatif dan juga idea pemasaran bagi musim perayaan. Di mana, untuk setiap pembayaran rawatan atau perkhidmatan yang mencecah RM250 dan ke atas layak untuk membuat cabutan Ang Pao bertuah. Hadiah untuk sesi cabutan Ang Pao bertuah itu mennyediakan 6 hadiah menarik yang berbeza.
Antaranya adalah, percuma cuticle oil, nail file, voucher RM10 dan RM35, percuma rawatan buffing sahaja dan juga percuma rawatan upper lip waxing di semua cawangan kedai salon kuku Cutiecle. Untuk hadiah rawatan tersebut, anda boleh memilih tarikh yang anda ingin buat atau tebus selepas sesi cabutan bertuah itu. Tempoh untuk tebus hanya satu bulan selepas tarikh sesi cabutan.
Sesiapa sahaja boleh ikut sama dengan aktiviti cabutan Ang Pao bertuah ini. Aktiviti ini berlangsung pada 10/1/2025 sehingga 12/2/2025 bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) bagi tahun 2025.
Cabutan Ang Pao bertuah ini merupakan salah satu cara untuk menghargai para pelanggan yang setia dengan Cutiecle dan sering melakukan rawatan sehingga RM250 dan ke atas. Bukan itu sahaja, melalui aktiviti ini juga dapat berkongsi rezeki dengan para pelanggan bersempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) bagi tahun 2025.
Menarik kan? Dengan pembelian atau rawatan di Cutiecle sebanyak RM250 dan ke atas sudah boleh menyertai aktiviti cabutan bertuah Ang Pao ini. Siapa je yang tak suka. Jadi, aktiviti ini akan berjalan selama satu bulan dan sehingga hadiah untuk aktiviti ini habis. Datang dan cubalah sekarang.
Yang terbaik hanya di Cutiecle, pakar kuku anda.