Tips balik kampung daripada Cutiecle

Bulan Ramadan dah masuk untuk 10 hari terakhir untuk tahun 2025 ini. Jadi, mesti ramai yang dah rancang untuk balik ke kampung halaman dan beraya bersama keluarga yang tersayang. Bukan setakat teruja untuk balik ke kampung, tapi teruja untuk menyambut raya dengan sanak saudara yang setahun sekali sahaja dapat berjumpa. Bermacam-macam aktiviti yang  dirancang untuk dilakukan bersama keluarga pada hari raya. Jadi, ini adalah sedikit sebanyak tips dan juga senarai semak untuk mereka yang ingin balik ke kampung.

Tidak semua orang balik ke kampung halaman yang jauh, macam Sabah dan Sarawak. Ada juga yang di semenanjung sahaja, tapi jauh di Perlis dan juga Johor. Oleh itu, kita perlukan tips untuk balik kampung dengan selamat dan ceria. Barulah mood raya sentiasa ada.

(1) Check enjin kereta, aircond dan minyak hitam

  • Servis mengikut pusat servis masing-masing yang mana memfokuskan kepada limit per kilometer (km) sesebuah kereta. Kebiasaannya, setiap kereta mempunyai limit sehingga 10 ribu per kilometer (km).

  • Perlu check untuk elak sebarang permasalahan berlaku dan nak elakkan daripada kereta rosak dekat tepi jalan.

(2) Check tayar kereta atau motor (bunga tayar)

  • Untuk elak tayar botak dan boleh tergelincir jika jalan raya licin atau basah akibat hujan, tayar kereta kena tukar siap-siap sebelum balik kampung. Sangat berbahaya jika tayar botak dan boleh menyebabkan kereta terbabas di pembahagi jalan atau tidak sempat brek jika berlaku kesesakan lalu lintas.

  • Tayar kereta juga boleh sediakan siap-siap di dalam kereta sebagai tayar simpanan, supaya kalau tayar meletup atau pecah di tengah jalan masih boleh tukar secara terus dan tidak perlu bawa ke bengkel. Jimat masa.

(3) Check baki touch n go (TnG) atau apa sahaja baki tol yang menggunakan kad, rfid atau smart tag

  • Untuk elak kesesakan lalu lintas di bahagian tol plus, kad TnG ataupun apa-apa yang berkaitan dengan pembayaran tol perlulah diisi dengan mencukupi bagi mengelakkan permasalahan berlaku. 

  • Sekarang dah mudah sebab TnG dan boleh isi duit secara dalam talian, tidak perlu lagi ke stesen minyak ataupun kiosk tol plus yang boleh tambah nilai. Sangat jimat masa dan memudahkan kerja.

(4) Check baki touch n go (TnG) atau apa sahaja baki tol yang menggunakan kad, rfid atau smart tag

  • Untuk elak kesesakan lalu lintas di bahagian tol plus, kad TnG ataupun apa-apa yang berkaitan dengan pembayaran tol perlulah diisi dengan mencukupi bagi mengelakkan permasalahan berlaku. 

  • Sekarang dah mudah sebab TnG dan boleh isi duit secara dalam talian, tidak perlu lagi ke stesen minyak ataupun kiosk tol plus yang boleh tambah nilai. Sangat jimat masa dan memudahkan kerja.

(5) Sediakan bajet yang mencukupi untuk balik ke kampung

Untuk penyediaan bajet atau kos perbelanjaan pula, kita perlu asingkan untuk kegunaan sementara atau kehendak dan juga simpanan kecemasan berjalan jauh iaitu pulang ke kampung. Bajet atau kos perbelanjaan ini perlu bijak diatur supaya tidak berlakunya pembaziran atau boros berbelanja ketika musim perayaan. Lebih-lebih lagi jika pulang ke kampung, lagi banyak duit akan keluar nanti. Jadi, kita perlu berjimat cermat dan bijak berbelanja.

(6) Bawa barang keperluan pribadi, keluarga dan yang berkaitan

Kalau cakap berkaitan nak balik kampung, pasti ramai yang dah sedia nak kemas barang untuk bawa balik kampung. Dengan baju, alat solek untuk perempuan, bantal selimut, barang mandi dan segala macam barang-barang lain. Kadang-kadang bawa barang nak balik kampung tu dah macam nak pindah rumah baru. Semua nak dibawa bersama. Jadi, kalau boleh buatlah list siap-siap untuk bawa barang balik ke kampung. Bawa barang yang perlu sahaja supaya tidak membazir ruang di dalam kereta.

Antara barang yang perlu dibawa adalah seperti baju raya, baju harian, barang mandi, ubat-ubatan, alat solek dan penjagaan diri serta barang-barang yang sepatutnya dan yang digunakan sahaja. Selain itu, kita juga boleh bawa selimut, bantal dan juga tilam lipat jika perlu. Untuk barang elektronik pula, kita boleh bawa seterika travel dan juga wayar extension untuk tambahan di kampung nanti. Bukan apa, nanti ramai dah berkumpul di kampung tak cukup plug nak charge telefon.

(7) Tips keselamatan

Tips keselamatan ketika balik kampung pula, kita perlu kemas rumah dan simpan barang yang berharga dengan baik supaya tidak berlakunya kecurian atau hilang. Bukan itu sahaja, sebelum nak balik kampung, kita perlu check kepala tong gas dahulu supaya buka. Untuk memastikan tidak berlaku apa-apa kemalangan di rumah seperti tong gas meletup atau rumah terbakar. Selain  itu, perlu check suis elektrik dan tutup dan juga pili air ditutup rapat ketika tiada di rumah. Jangan lupa juga tutup suis seterika dan simpan dengan baik. 

Selain daripada peralatan barang elektrik, kita perlu pastikan tiada sisa makanan yang ada di atas meja mahupun sinki. Kita juga perlu buang sampah untuk elakkan sampah berulat ataupun rumah berbau busuk disebabkan sampah yang tidak dibuang dan berhari-hari di dalam rumah. 

Sebelum nak gerak untuk balik ke kampung, pastikan pintu dan tingkap semua dah tutup dengan rapi dan jangan lupa bagitahu jiran terdekat yang kita tidak berada di rumah dalam jangka waktu yang lama atau sekejap. Sebaiknya bagitahu untuk tujuan keselamatan rumah kita juga.

Balik beraya tu jangan lupa keselamatan. Pesanan ini ikhlas daripada kami Cutiecle, pakar kuku anda!





Next
Next

Juadah raya yang Wajib anda cuba tahun 2025