Mani Pedi buat kuku jadi nipis ke?

Mani pedi buat kuku menjadi nipis? Mestilah tidak. Rawatan mani pedi di kedai spa kuku tidak akan menyebabkan kuku menjadi nipis dan rosak. Malah, rawatan tersebut membuatkan kuku menjadi lebih sihat dan bersih selepas rawatan. Teori berkaitan dengan kuku menjadi nipis adalah mitos kerana di dalam rawatan tersebut pakar kuku tidak mengikis kuku malah membersihkan kuku daripada sebarang kutikel dan juga kulit mata pada bahagian kuku dan hujung jari.

MItos kuku menjadi nipis adalah dimana setiap rawatan mani pedi kesemuanya menjalani rawatan seperti buffing, shining dan juga asah kuku selepas dipotong. Sebab itu, ada segelintir pelanggan yang merasakan kuku mereka akan menjadi nipis selepas melakukan mani pedi di kedai spa kuku.

Padahal, tidak sama sekali. Cubalah sekali seumur hidup mani pedi demi kecantikan dan kebersihan diri.

Previous
Previous

Promosi hari kekasih di Cutiecle

Next
Next

Muslimah Pakej Wanita Anggun