Promosi hari kekasih di Cutiecle
Hari kekasih atau Valentines Day hanya disambut buat mereka yang beragama kristian dan juga selain daripada agama Islam. Kebiasaannya, mereka yang mempunyai kekasih akan menyambut hari kekasih ini dengan memberikan bunga buat pasangan mereka dan juga coklat. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membawa pasangan mereka untuk makan malam bersama dan menyambut hari kekasih di restoran atau tempat yang romantik. Hari kekasih ini merupakan sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari pada setiap tahun. Menurut tradisi, Hari kekasih (Valentine) merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa sayang antara satu sama lain. Dan, ia juga merupakan hari untuk menghargai pasangan. Jadi, di Cutiecle kami memberikan promosi buat mereka yang menyambut hari kekasih ini dan pada mereka yang mempunyai pasangan sahaja, yang single boleh lah bawa adik beradik untuk tebus pakej hari kekasih ini ya. Bukan sekadar untuk kekasih sahaja, untuk mereka yang mempunyai pasangan seperti suami isteri dan juga tunang boleh ambil pakej ini untuk promosi hari kekasih.
Di Cutiecle The Nail Expert, kami ada menyediakan 2 pakej yang menarik beserta promosi bersempena dengan hari kekasih untuk tahun 2025. Mengetengahkan tema Be My +One pada tahun 2025, promosi ini hanya terhad sehingga 10 Mac 2025. Bukan itu sahaja, dengan promosi ini juga terdapat 100 voucher yang mana sangat terhad untuk mereka yang buat tempahan melalui dalam talian (whatsapp) dan yang paling awal sahaja. Jangan lepaskan peluang yang istimewa ini ya. Inilah saatnya untuk meluangkan masa bersama dengan orang yang tersayang sambil mencantikkan kuku dan berhias.
Bukan selalu kan~ Pakej beserta promosi untuk hari kekasih ini terdapat pada diagram di bawah. Pakej tu boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat ibu dan ayah. Mereka telah banyak berjasa buat kita semua sebagai anak-anak. Jadi, inilah masanya untuk berikan mereka kejutan dengan tempah pakej hari kekasih (Be My +One) sekarang dengan Cutiecle. Mesti mereka seronok dapat buat manicure dan pedicure dengan Cutiecle.
Yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda.