Ramadan semakin tiba, apa persiapan kita sebagai Muslim?

Bulan Ramadan  merupakan antara bulan yang mulia dan paling ditunggu-tunggu oleh semua Muslim. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan juga penuh dengan kesyukuran. Ramadan juga bulan yang berganda-ganda pahala yang akan diberikan jika kita banyak membuat kebaikan dan kebajikan. Bukan itu sahaja, di bulan Ramadan juga akan berkumpul semua sanak saudara dan saling mengeratkan silaturahim.

Apa persiapan kita sebagai Muslim untuk menyambut bulan yang mulia ini? Apa perancangan yang sewajarnya untuk menempuh 30 hari cabaran dan dugaan di dalam bulan Ramadan? Berikut merupakan antara persiapan yang boleh dilakukan untuk menyambut bulan Ramadan bagi tahun 2025 ini cadangan daripada kami di Cutiecle.

  1. Perbanyakkan amal ibadah.

Sepanjang bulan Ramadan ini, kita digalakkan untuk perbanyakkan amal ibadah kerana ganjaran yang diberikan oleh Tuhan sangat berlipat kali ganda. Sangat rugi jika seseorang itu tidak memperbanyak amal ibadah sepanjang bulan Ramadan ini. Antara amal ibadah yang boleh dibuat sepanjang bulan Ramadan ini adalah : 

  • Solat sunat terawih, solat sunat witir, solat sunat taubat dan banyak lagi solat sunat yang boleh dibuat.

  • Perbanyakkan sedekah atau amal jariah (derma untuk anak yatim, derma untuk tabung masjid dan pelbagai lagi)

  • Perbanyakkan zikir dan selawat sepanjang berpuasa di siang hari dan di malam hari.

Menjaga tingkah laku sebagai seorang Muslim. 

Di bulan Ramadan inilah kita nak kumpul pahala dengan banyak. Kalau boleh nak kurangkan dosa dan taknak terlibat dengan apa-apa aktiviti yang boleh memudaratkan pahala berpuasa. Berikut adalah cadangan untuk kita sebagai Muslim untuk menjaga tingkah laku kita di bulan yang mulia ini.

  • Menjaga percakapan dan perbuatan sepanjang waktu berpuasa. Tidak mengumpat atau bercakap hal yang buruk berkaitan orang lain.

  • Berpakaian yang sopan serta tidak menjolok mata. Yang paling utama adalah menutup aurat dengan sempurna.

  • Menjaga batas di antara lelaki dan perempuan, tidak bergurau kasar dan melampaui batas.

  1. Berjimat cermat, kerana membazir amalan syaitan dan sangat tidak digalakkan.

Bulan Ramadan selalunya kita akan dengar yang pembaziran makanan memang akan berlaku. Sebab nafsu kita untuk membeli di bazaar Ramadan sangat kritikal. Bukan kerana banyak duit, tetapi semua makanan dan minuman di bazaar sangat menggoda dan membuatkan kita untuk membeli secara banyak. Maka, terjadilah isu pembaziran di situ. Jadi, untuk objektif Ramadan tahun 2025 ini, kami di Cutiecle nak bagi cadangan untuk kita berjimat cermat dan tidak membazir lagi sama seperti tahun sebelum ini.

  • Yang pertama, beli kurma dan juga manisan untuk berbuka puasa. Beli barang dapur untuk kegunaan masak ketika sahur dan juga berbuka puasa.

  • Tidak membazir dengan membeli makanan untuk berbuka puasa dengan banyak sehingga ada yang terbuang akibat tidak boleh menghabiskannya.

  • Masak sendiri makanan untuk berbuka puasa dan juga sahur untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran makanan.

  1. Buat aktiviti yang berfaedah

Aktiviti yang berfaedah sewaktu bulan Ramadan perlu ada dalam senarai untuk Ramadan 2025. Oleh itu, kita sebagai Muslim perlu tahu aktiviti yang berfaedah untuk isi masa terluang dalam bulan Ramadan ini. Bukan apa, ada segelintir antara mereka yang akan menghabiskan masa terluang pada bulan Ramadan dengan tidur sepanjang hari. Ini bermaksud, tidur adalah salah satu kegiatan yang tidak baik dan makruh di sisi Tuhan. Makruh adalah perbuatan yang tidak disukai Tuhan.

  • Luang masa bersama keluarga pada waktu berbuka puasa, waktu sahur dan juga pada waktu menunaikan ibadah.

  • Masak juadah berbuka puasa bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga dan sanak saudara.

  • Bertukar-tukar cerita bersama ahli keluarga sewaktu berkumpul bersama dan makan bersama.

Terdapat banyak lagi persiapan dan aktiviti lain yang dapat dibuat sebelum datangnya Ramadan. Persiapan ini sama seperti untuk menyambut Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Rasa seronok untuk menyambut hari raya perlulah selari dengan rasa seronok untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba kelak. Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini pada tahun 2025. 


Salam Ramadan daripada kami Cutiecle, pakar kuku anda.

Previous
Previous

Buat rawatan dahulu, bayar kemudian dengan SPayLater!

Next
Next

Promosi hari kekasih di Cutiecle