Buat rawatan dahulu, bayar kemudian dengan SPayLater!

Beli sekarang bayar kemudian atau lebih popular dengan singkatan BNPL (Buy Now, Pay Later) dah boleh guna di kedai salon kuku Cutiecle The Nail Expert! Buat mereka yang belum tahu, BNPL merupakan sejenis pembiayaan yang semakin popular di Malaysia. Perkhidmatan ini membolehkan kita sebagai pengguna membeli barang serta menjalankan pembayaran secara ansuran.

Sesetengah pembekal BNPL ada mengenakan  yuran pemprosesan atau caj lewat sekiranya terlewat membayar ansuran. Jadi, pelanggan di Cutiecle kini boleh menggunakan perkhidmatan BNPL, SPayLater untuk membayar pakej dan juga rawatan yang mereka telah buat di Cutiecle. 


Jika anda baru menggunakan SPayLater, berikut adalah beberapa soalan lazim dan juga jawapanya.


Q : Apa itu SPayLater dan bagaimana untuk menggunakan SPayLater untuk pertama kali?

A : SPayLater merupakan perkhidmatan BNPL yang bukan sahaja boleh digunakan dalam aplikasi Shopee malah ia boleh digunakan di kedai secara fizikal juga. Maksudnya, SPayLater ini boleh digunakan di kedai salon kuku Cutiecle di kesemua cawangan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula tahun 2025 ini. Bukan itu sahaja, SPayLaterturut menyediakan bayaran secara ansuran dan menawarkan pelbagai tawaran atau diskaun yang menarik. Jadi, cubalah SPayLater untuk pakej dan rawatan di Cutiecle. Boleh berjimat dan rancang kewangan juga dengan adanya SPayLater ini.



A : Untuk pengguna SPayLater yang baru, korang boleh ikut langkah berikut untuk mengaktifkan akaun SPayLater dengan mudah dan cepat.


Langkah 1 : Buka aplikasi Shopee pada telefon bimbit anda dan rujuk kepada halaman “Saya”

Langkah 2 : Skrol bawah ke “Wallet Saya” dan tekan SPayLater, sini tekan “Aktifkan Sekarang”


Langkah 3 : Kini anda telah mengaktifkan SPayLater dan boleh memilih SPayLater apabila menjalankan pembayaran pada aplikasi Shopee atau menggunakan DuitNow QR

Langkah 4: Sentiasa perhatikan bil bulanan anda, dan semak pembayaran akan datang pada halaman “Bil Saya”


Q : SPayLater tu patuh Syariah ke? Risau nak daftar kalau ada unsur riba.


A : Jangan risau, SPayLater telah disahkan patuh syariah dan tiada unsur penipuan atau unsur riba. Mereka telah mengemaskini dan diyakini patuh syariah setelah disemak oleh pihak Amanie’s Advisory (firma pematuhan Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia). Jadi, kita sebagai Muslim yang sangat peka dengan urusan hutang ini, sangat mengutamakan hal ehwal Syariah. Konklusinya, selamat digunakan untuk kita yang Muslim.

Antara perubahan yang dibuat supaya ia patuh syariah adalah, tiada lagi caj lewat bulanan tetapi diganti dengan denda lewat bayar maksima RM10. Selain itu, akaun pengguna akan dibekukan jika lewat bayar sehingga bayaran tunggakan dan denda lewat bayar telah diselesaikan supaya tidak terlebih berhutang. Jadi, kita perlu lebih peka untuk membayar bil dengan konsisten untuk elak bayar denda ini. Malah, sebarang caj melebihi kos sebenar yang ditanggung akan didermakan kepada badan kebajikan yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Perkara ini turut diiktiraf dan diyakini oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan boleh baca untuk tahu lebih lanjut.


Konklusi untuk pertanyaan ini, selepas buat rawatan atau beli pakej dengan Cutiecle, kena rajin semak SPayLater kita untuk bayar secara tepat waktu. Barulah nanti tak kena denda dengan Shopee. RM10 tu banyak tau, boleh buat beli petrol kereta.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan SPayLater dan hukum Syariah, anda boleh rujuk DI SINI


Q : Berapa anggaran caj yang dikenakan SPayLater selepas kita tetapkan tempoh bulan bayar semula?


A : Untuk kegunaan SPayLater ini, caj yang dikenakan tiada anggaran kerana caj tersebut telah ditetapkan oleh pihak mereka. Boleh semak dekat jadual di bawah untuk caj yang dikenakan SPayLater untuk kesemua yuran pemprosesan :

Q : Apa rawatan di Cutiecle yang boleh dibayar dengan SPayLater? Pakej tu macam mana nak kira untuk guna SPayLater? Mohon pencerahan.


A : Berita baik untuk semua pelanggan Cutiecle, dengan adanya SPayLater ini korang dah boleh buat semua rawatan kuku termasuk spa dan boleh bayar secara ansuran iaitu dengan menggunakan SPayLater ini. Jadi, semua orang dah boleh buat rawatan kuku ataupun spa dengan Cutiecle, sebab tak perlu pening nak bayar sekaligus. Contohnya, jika seseorang itu buat rawatan spa dengan harga keseluruhan sebanyak RM350, mereka boleh guna SPayLater dan buat bayaran secara ansuran untuk bayaran dari 3,6 atau 12 bulan. Jadinya, jika seseorang itu buat rawatan spa  dengan jumlah RM350, mereka boleh bayar sebanyak RM116.67 (untuk tempoh 3 bulan), RM58.33 (untuk tempoh 6 bulan) dan sebagainya. 


Untuk pencerahan berkaitan dengan pakej kredit pula sama juga kaedah pengiraan dan bayaran dengan SPayLater. Contohnya, jika pelanggan ambil pakej Sparkles dengan bayaran sebanyak RM688, mereka akan mendapat percuma RM62 kredit extra dengan jumlah keseluruhan nilai sebanyak RM750. Jadi, pengiraan pembayaran ini akan jadi seperti di dalam rajah di bawah. 

Kesimpulannya, SPayLater ini boleh banyak memudahkan ramai orang dengan membantu mereka untuk membuat bayaran secara ansuran. Lebih-lebih lagi mereka yang ingin melakukan rawatan untuk pakej Muslimah dan ingin mencantikkan diri mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri. Dan yang paling utama sekali, kesemua pakej dan rawatan untuk musim perayaan khususnya boleh dibayar secara ansuran hanya dengan SPayLater.


Semua yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda!

Previous
Previous

Bazar yang dekat dengan Cutiecle dan cadangan menu viral

Next
Next

Ramadan semakin tiba, apa persiapan kita sebagai Muslim?