Bazar yang dekat dengan Cutiecle dan cadangan menu viral

Setiap tahun pada bulan Ramadan ramai yang menunggu untuk pergi ke Bazar Ramadan dan membeli makanan kegemaran masing-masing. Bukan itu sahaja, setiap tahun juga pasti ada menu buka puasa yang viral dan menjadi tumpuan untuk semua orang cuba. Jadi, kami di Cutiecle mengambil inisiatif sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi lokasi Bazar Ramadan yang dekat dengan kedai spa kuku Cutiecle. Nanti senang untuk pelanggan Cutiecle yang buat rawatan di sini tapi ingin ke bazar juga dalam pada waktu yang sama.

Untuk yang tertanya-tanya apa maksud bazar, bazar menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang. Sebab itu suasana bazar akan riuh rendah dan juga banyak gerai yang menjual makanan dan pakaian semasa bulan Ramadan. 

Maksud bazar dah dihuraikan, jadi ini adalah lokasi bazar yang berdekatan dengan kedai salon kuku Cutiecle yang patut anda singgah. Atau boleh juga klik sini untuk dapatkan senarai bazar Ramadan yang berada di kawasan KL.



1. Berdekatan dengan Cutiecle Giant Kota Damansara 

  • Bazar Ramadan Seksyen 7, Kota Damansara

  • Bazar Ramadan Seksyen 4, Kota Damansara

  • Bazar Ramadan Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara



2. Berdekatan dengan Cutiecle The Mines

  • Bazar Ramadan Sri Kembangan

  • Bazar Ramadan Taman Serdang Jaya

  • Bazar Ramadan Taman Seri Serdang Jalan 18/35



3. Berdekatan dengan Cutiecle+ Pavilion Bukit Jalil

  • Bazar Ramadan Puncak Jalil



4. Berdekatan dengan Cutiecle I-City Central Shah Alam

  • Bazar Ramadan Stadium Shah Alam

  • Bazar Ramadan Seksyen 7, Shah Alam

  • Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam



5. Berdekatan dengan Cutiecle+ IOI City Mall Putrajaya

  • Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya

  • Bazar Ramadan Presint 11, Putrajaya



6. Berdekatan dengan Cutiecle IPC Mutiara Damansara

  • Bazar Ramadan Mutiara Damansara

  • Bazar Ramadan The Curve

  • Bazar Ramadan TTDI



Selain itu, untuk blog ini juga kami akan berikan anda cadangan untuk membeli makanan yang viral tapi sedap untuk anda cuba. Sudah pastinya sangat mesra poket dan berbaloi. Antara makanan viral sewaktu bulan Ramadan ini adalah seperti, Murtabak, roti john, nasi arab, tongmo, ayam percik dan pelagai lagi makanan viral yang sudah pasti hanya pada bulan Ramadan sahaja menjadi tumpuan. Kerana, bazar Ramadan hanya ada pada bulan puasa sahaja. Bulan lain hanya ada pasar malam atau pasar tani biasa yang menjual makanan dan berangan.



Bukan setakat makanan sahaja yang viral sewaktu bulan Ramadan ini, menu minuman juga ada yang viral dan sering menjadi tumpuan sewaktu bulan puasa. Hal ini kerana, sepanjang menjalani ibadah berpuasa, pasti tekak terasa haus dan inginkan sesuatu yang sejuk dan menyegarkan. Jadi, ini adalah beberapa menu minuman yang patut anda beli dan cuba sewaktu pergi ke bazar Ramadan nanti. Antaranya adalah, Cha bang ang, mangga susu, sirap bandung campur, laici lemonade, teh ais cincau kaw, air katira dan pelbagai lagi.

Jadi apa lagi, rancang sebaiknya bajet anda sewaktu bulan Ramadan ini ketika berkunjung ke bazar Ramadan nanti. Bila berpuasa, semua makanan dan minuman terasa hendak dibeli. Jangan sampai membazir. 

Kami di Cutiecle ingin mengucapkan, selamat berpuasa untuk semua Muslim yang menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dan meraikan bulan Ramadan untuk tahun 2025.

Yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda!


Previous
Previous

Checklist Raya untuk kesayangan Cutiecle

Next
Next

Buat rawatan dahulu, bayar kemudian dengan SPayLater!