Checklist Raya untuk kesayangan Cutiecle
Ramadan baru beberapa hari datang dekat dengan kita semua. Tapi ramai yang bersedia dengan checklist masing-masing untuk nak raya. Orang kata, biar awal jangan last minute sangat. Nanti raya kalut-kalut macam 3 tahun lepas waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Sebab tu pentingnya ada checklist untuk semua benda, lebih-lebih lagi berkaitan dengan kerjaya, masa depan dan yang paling terdekat ni apa lagi kalau bukan raya. Pejam celik-pejam celik raya pun datang. Jadi, Cutiecle dengan besar hati nak kongsikan sedikit sebanyak checklist raya untuk semua kesayangan Cutiecle.
CHECKLIST RAYA :
Beli Baju Raya
Siapa je yang tiada baju raya impian kan, setiap tahun pasti ada perancangan untuk beli baju raya warna apa dan design yang macam mana. Beli bukan setakat sepasang, tetapi berpasang-pasang untuk diri sendiri dan juga untuk ahli keluarga yang lain. Bukan itu sahaja, banyak pereka baju yang berlumba-lumba untuk hasilkan baju raya yang menarik serta nampak lain dari yang lain untuk setiap tahun raya. Harga pula jangan cakap, ada yang murah dan ada juga yang mahal. Pada waktu sekarang ni juga dan boleh beli secara online sahaja untuk koleksi baju raya ini. Kalau dulu, mesti akan ke kedai kain untuk membeli kain untuk menjahit baju raya dan perlu cari tukang jahit. Sekarang semua dah senang, hanya cari dan tekan untuk bayar secara online.
2. Kemas & Deko Rumah
Untuk sesi deko rumah pula hanya bagi idea ini kepada mak-mak di rumah. Mereka sangat arif untuk deko rumah sempena nak raya ini. Setiap kali nak raya pasti di dalam kepala mereka dan terlintas satu list untuk dibelinya. Kain langsir, perabot raya, alas meja raya, balang kuih raya, pasu bunga raya dan bermacam-macam lagi. Pada waktu inilah mak-mak akan sangat kreatif untuk menghias rumah mereka. Nanti waktu raya ramai sanak saudara yang akan datang kerumah untuk beraya. Jadi, rumah perlulah kelihatan cantik dan tersusun.
Bajet untuk deko rumah sahaja boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Jadi, perlulah buat list untuk membeli barang deko raya. Takut nanti terlebih bajet untuk raya. Belum masuk untuk senarai biskut raya dan juga kerepek raya. Sangat banyak keperluan dan kehendak yang ingin dibelinya. Jadi, diagram di bawah adalah cadangan sahaja untuk barang keperluan dan juga kehendak untuk raya.
3. Duit Raya
Duit raya juga antara elemen yang paling penting untuk tambah kemeriahan dan keriuhan di hari raya. Dari yang budak sehingga ke orang tua, semua suka bila sebut pasal duit raya. Duit raya ini bukanlah suatu kewajipan, tapi ia merupakan perkongsian rezeki di antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi buat mereka yang masih belum bekerja. Jumlah duit raya juga tidak ditetapkan malah ia mengikut kepada kemampuan seseorang untuk memberi dan berkongsi rezeki.
4. Biskut Raya & Menu Raya
Jamuan raya atau lebih popular dengan nama open house raya ini sememangnya suatu aktiviti yang biasa ada pada hari raya. Dengan adanya jamuan raya ini tentulah ada bajet serta checklist yang diperlukan. Kerana, untuk menyediakan satu jamuan raya ini juga menelan banyak kos daripada bahan masak, persiapan dan juga tempat. Kesemua perancangan ini perlu bijak diatur bagi memudahkan urusan tuan rumah dan juga tetamu yang dijemput untuk jamuan raya ini.
5. Balik Kampung
Untuk persiapan balik kampung juga memerlukan perancangan serta checklist sebelum balik ke kampung. Hal ini kerana, tidak semua orang mempunyai kampung yang dekat dan ada juga mereka yang perlu balik ke kampung dengan menggunakan kapal terbang, feri dan pengangkutan awam yang lain. Untuk balik kampung sahaja telah memakan kos untuk pengangkutan. Belum cerita berkaitan dengan mereka yang pandu sendiri. Kos untuk petrol dan tol perlu dicatat. Sebelum gerak balik pula, kereta atau motor perlu diservis terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi buat mereka yang balik kampung yang sangat jauh. Oleh itu, untuk checklist berkaitan balik kampung ini, kami sediakan diagram untuk anda semak sebelum balik kampung.
6. Simpanan Kecemasan
Setelah berbelanja untuk baju raya, deko rumah, jamuan raya dan pelbagai lagi yang berkaitan, kita perlu sediakan juga simpanan kecemasan untuk musim perayaan. Kita perlu berjaga-jaga dalam membelanjakan wang supaya tidak berlakunya pembaziran ataupun boros berbelanja ketika musim perayaan ini. Bukan itu sahaja, wang simpanan untuk kecemasan ini juga dapat membantu kita supaya jika berlaku apa-apa kejadian kita ada backup. Contohnya, jika tayar kereta pecah sewaktu balik kampung, sekurang-kurangnya kita ada duit untuk beli tayar yang baru atau tayar secondhand yang masih boleh digunakan. Situasi ini boleh diibaratkan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, raya nanti pun tak pening kepala sebab dah ada simpanan untuk kecemasan.
Oleh itu, kita perlulah menyediakan satu checklist supaya kita dapat membuat perancangan kewangan untuk musim perayaan ini sekaligus dapat menabung juga. Tidak semua duit gaji perlu dihabiskan sewaktu hari raya, kita juga memerlukan duit untuk hidup selepas musim perayaan. Bijak berbelanja untuk teguhkan lagi ekonomi sendiri.
Yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda.