Promosi dan pakej untuk hari wanita sedunia
Di peringkat antarabangsa, terdapat banyak negara yang menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia. Tradisi sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan adalah pada 25 Ogos dan masih diteruskan sebagai tanda bagi memperingati sejarah perjuangan wanita tanah air terdahulu pada awal tahun 1960-an.
Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Begitu juga di Cutiecle, kami bawakan promosi bersempena dengan Hari Wanita Sedunia untuk semua pelanggan wanita Cutiecle. Promosi PWP (purchase with purchase) dengan Cutiecle ini bukan sahaja dapat menghargai pelanggan wanita kami, tetapi dapat memberikan peluang buat semua pelanggan wanita untuk buat urutan kaki selama 30 minit dengan bayaran serendah RM38 sahaja
Pada waktu ini sahaja masa untuk kita memanjakan diri dan berehat setelah seharian bekerja dan menjaga anak. Wanita juga perlu ada masa untuk diri sendiri. Kerjaya dan keluarga memang penting tetapi ia melalui diri sendiri juga. Untuk para suami atau anda yang ada isteri atau ibu dan kakak, boleh juga bawa mereka ke Cutiecle untuk menghadiahkan mereka promosi Purchase With Purchase (PWP) ini. Bukan selalu nak gembirakan orang yang kita sayang.
Yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda!