Inderaloka Raya bersama Cutiecle

Inderaloka Raya merupakan sebuah nama yang dibuat khas untuk program Cutiecle bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025. Inderaloka merupakan satu kata yang diambil dari perkataan Bahasa Melayu Klasik. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Inderaloka membawa maksud tempat diamnya ‘Bentara Indera’ atau ‘syurga’. Kenapa syurga? Kerana Hari Raya Aidilfitri merupakan hari untuk semua Muslim meraikan kemenangan kerana telah berjaya berpuasa selama sebulan. Syurga itu boleh dihuraikan dalam bentuk perasaan, nikmat dan juga bentuk kesyukuran untuk seseorang Muslim yang komited dengan bulan Ramadan.

Untuk program Inderaloka Raya yang dirancang oleh Cutiecle ini sememangnya adalah untuk menarik golongan Muslim dalam menjaga kebersihan diri dan juga kecantikkan dari segi penampilan dan juga keperibadian. Dengan Cutiecle mereka dapat menjaga penampilan kuku kaki dan tangan mereka untuk kelihatan lebih bersih dan kemas di pagi raya nanti. Di dalam agama Islam juga ada menyarankan umat Muslim untuk menjaga kebersihan diri dan menjaga penampilan diri.

Program Inderaloka Raya ini akan berlangsung di Cutiecle Central Mall I-City Shah Alam bermula 21 Mac 2025 sehingga 1 April 2025. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan dibuat di sana, lebih-lebih lagi rawatan manicure dan pedicure oleh Cutiecle. Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti face painting, lukis henna, rawatan bibir (lip treatment) dan Hari Raya Lucky Draw. Sambil datang dan sertai program Inderaloka Raya ini, anda boleh juga berjalan-jalan di dalam Central Mall I-City Shah Alam. Banyak kedai dan juga vendor yang ada bersempena dengan musim perayaan ini.

(1) Manicure Pedicure

Di Inderaloka Raya Event 2025 ini terdapat pakej manicure dan pedicure yang disediakan oleh Cutiecle yang mana pakej tersebut adalah pakej untuk Muslimah dengan harga RM180 untuk keseluruhan pakej tersebut. Bukan itu sahaja, jika pelanggan membuat pembelian dengan minimum RM500, mereka boleh menyertai cabutan bertuah untuk Hari Raya oleh Cutiecle. Bukan itu sahaja, dengan pembelian pakej Muslimah ini, pelanggan dapat membuat manicure, pedicure, skrub dan pelbagai lagi yang ada di dalam pakej ini. Sangat berbaloi.

(2) Face Painting

Untuk aktiviti face painting pula, ia sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang suka akan makeup yang comel dan juga mempunyai pelbagai karakter selain daripada makeup yang biasa. Face painting ini bermula dengan harga serendah RM15 sehingga RM35 mengikut kepada pemilihan design dan juga karakter yang dipilih. Jika nak buat face painting selain daripada yang ada di dalam katalog, harga yang akan dikenakan berbeza mengikut kepada reka bentuk design.

(3) Henna Lab (dengan appointment atau booking sahaja)

Di Inderaloka Raya juga ada lukis henna. Untuk harga lukis henna pula mereka akan tetapkan harga bermula RM15 sehingga RM45. Dan kalau nak buat design henna selain daripada di dalam katalog juga akan dikenakan harga yang berbeza mengikut kepada design dan juga berapa banyak design yang ada pada henna tersebut.

(4) Lips Treatment

Untuk rawatan bibir (lips treatment) ini, mereka akan berikan rawatan on the spot secara percuma untuk kesemua pelanggan yang datang ke Inderaloka Raya. Jika selepas rawatan anda suka dengan produk berkaitan bibir ini, anda boleh beli dengan mereka kerana produk yang mereka jual sangat berkualiti dan juga sangat cantik dengan seni estetiknya.

(5) Hari Raya Lucky Draw (dengan pembelian min RM500)

Aktiviti yang paling menarik untuk Inderaloka Raya bagi tahun 2025 ini adalah, Cutiecle ada membuat Hari Raya Lucky Draw untuk pelanggan yang membuat pembelian minimum RM500. Berdasarkan diagram di atas, itu adalah hadiah untuk setiap lucky draw yang telah disiapkan bersempena dengan Inderaloka Raya bagi tahun 2025.

Jangan lupa datang ke Central Mall I-City Shah Alam bermula 21 Mac 2025 ini untuk turut serta dengan Inderaloka Raya bersama, Cutiecle. Bawa keluarga sekali untuk isi masa lapang bersama kami.

Yang terbaik hanya ada di Cutiecle, pakar kuku anda!

Previous
Previous

Juadah raya yang Wajib anda cuba tahun 2025

Next
Next

Promosi dan pakej untuk hari wanita sedunia